![]() |
Jirim |
Jirim terdapat di sekeliling anda. Komputer di depan anda ini jirim, air yang menitis di pili air jirim, wap panas dari secawan teh juga dipanggil jirim. Pendek kata, setiap objek dimuka bumi ini ialah jirim. Jirim adalah objek benda yang mempunyai jisim dan bersifat menempati ruang.
Jenis Jirim?
Ada tiga jenis jirim. Yang pertamanya adalah pepejal (solid). Pepejal adalah apa-apa objek yang mempunyai bentuk dan saiz yang tetap. Contohnya, sebiji epal, sebongkah kayu, dan sekeping duit syiling.
Yang keduanya ialah cecair (liquid). Cecair adalah apa-apa objek yang mempunyai saiz, berat dan isipadu tetapi tidak punyai bentuk yang tetap. Jadi, cecair boleh menjadi apa-apa bentuk berdasarkan bekas yang diisi. Contohnya, air sirap, air mineral dan air zam-zam.
Dan yang ketiganya pula ialah gas (gas). Gas susah atau hampir mustahil untuk dilihat kerana ia tidak mempunyai sebarang bentuk dan warna. Cuba adik-adik tarik nafas sedalam yang mungkin. Anda akan rasakan yang peparu anda semakin besar diisi angin atau gas. Peparu menjadi besar kerana diisi angin atau gas.
Dibawah Cikgu Labu sertakan satu video berkenaan keadaan jirim ini bagi membantu adik-adik menguatkan kefahaman tentang tajuk ini.
0 comments:
Post a Comment