Keadaan Jirim dan Sifat-Sifatnya

Sekian lama blog ini bersawang. Akhirnya ia kembali, ya, kembali dengan nafas baru, bukan nafas berbau. Nafas dari bumi Sarikei, Sarawak.

Banyak pengalaman baru yang dikutip di bumi ini. Moga segala pengalaman ini akan mencambahkan sesuatu yang bermanfaat, Insya'Allah. Benar seperti yang dikata, 'jauh berjalan, luas pandangan'.

Disini cikgu ada kepilkan sedikit nota dalam bentuk persembahan bagi membantu murid-murid dalam mendalamkan pengetahuan tentang jirim. Harap murid dapat menghadam nota ini sampai faham.

Kitaran Air Siri Kedua

Bagi membantu murid-murid untuk memahami kitaran air, cikgu ada satu cara yang menarik, superb, awesome dan enjoice iaitu dengan belajar menggunakan E-Buku. E-Buku ini dikarang oleh cikgu dan rakan cikgu iaitu Cikgu Bujal.

Have fun kids!

Kemana Air Itu Pergi?

Air. Satu kurniaan Tuhan Yang Maha Esa. Begitu kasihnya Pencipta kepada hamba-Nya, walaupun berterusan digunakan oleh umat manusia, namun tidak berhenti mengalirnya nikmat ini, tanpa diminta balasan walau sesen pun dari kita, cuma pengabdian kepada Nya sejitu mungkin.

Begitu menakjubkan bukan nikmat Air ini? Pernah kamu bertanya kepada diri kamu, kemana air itu pergi, dari mana air itu datang, apa yang berlaku kepada air selepas kita digunakan. Semuanya berlaku mengikut satu kitaran yang teratur dan terancang.

Matahari yang memancar membekalkan haba dan kepanasan yang cukup bagi menyejatkan air laut atau air lopak air atau air tasik menjadi wap air. Wap air tadi naik ke atmosfera yang lebih tinggi dan terkondensasi menjadi awan. Apabila banyak wap air yang terkondesasi banyak, awan akan menjadi berat dan tumpat dengan air. Awan yang berat itu akan menurunkan hujan ke muka bumi. Air hujan itu akan mengalir masuk ke sungai dan seterusnya ke laut semula. Dan setelah itu, proses ini berulang kembali.



Disini cikgu akan kepilkan lagu bagi membantu kamu memahami kitaran air dengan lebih mendalam.


Uji Kefahaman Anda : Keadaan Jirim

Disini cikgu ada beberapa laman sesawang yang mengandungi permainan yang dapat menguji kefahaman kamu semua tentang konsep keadaan jirim (states of matter). Mari kita sama-sama layan game ini sambil memperkasakan pengetahuan kita tentang jirim.



Game 1



Game 2

Jirim

Jirim


Apa Itu Jirim?
Jirim terdapat di sekeliling anda. Komputer di depan anda ini jirim, air yang menitis di pili air jirim, wap panas dari secawan teh juga dipanggil jirim. Pendek kata, setiap objek dimuka bumi ini ialah jirim. Jirim adalah objek benda yang mempunyai jisim dan bersifat menempati ruang.

Jenis Jirim?

Ada tiga jenis jirim. Yang pertamanya adalah pepejal (solid). Pepejal adalah apa-apa objek yang mempunyai bentuk dan saiz yang tetap. Contohnya, sebiji epal, sebongkah kayu, dan sekeping duit syiling.






Yang keduanya ialah cecair (liquid). Cecair adalah apa-apa objek yang mempunyai saiz, berat dan isipadu tetapi tidak punyai bentuk yang tetap. Jadi, cecair boleh menjadi apa-apa bentuk berdasarkan bekas yang diisi. Contohnya, air sirap, air mineral dan air zam-zam.




Dan yang ketiganya pula ialah gas (gas). Gas susah atau hampir mustahil untuk dilihat kerana ia tidak mempunyai sebarang bentuk dan warna. Cuba adik-adik tarik nafas sedalam yang mungkin. Anda akan rasakan yang peparu anda semakin besar diisi angin atau gas. Peparu menjadi besar kerana diisi angin atau gas.

Dibawah Cikgu Labu sertakan satu video berkenaan keadaan jirim ini bagi membantu adik-adik menguatkan kefahaman tentang tajuk ini.